SARANA IBU BAPA

INISIATIF #62

PELUASAN PELAKSANAAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH SUATU INISIATIF UTAMA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013 - 2025


Sokongan ibu bapa terhadap sekolah dan penglibatan mereka dalam pembelajaran sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan.  Penglibatan ibu bapa dapat diperlihatkan melalui pelbagai cara termasuklah dari segi sumbangan idea dan sokongan terhadap pendidikan.  Walau bagaimanapun, penglibatan ibu bapa bukanlah bermakna mereka perlu terlibat secara langsung dalam sesi pembelajaran anak-anak, mereka boleh menyumbang bantuan dari aspek sokongan dan kepakaran bagi keberkesanan proses pembelajaran di dalam dan di luar kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan