Tujuan Pekeliling Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK) dikeluarkan
Mesyuarat Profesional KPM Bil.33/2017 bertarikh 2 November 2017 telah bersetuju menerima dan meluluskan Kertas Cadangan Garis Panduan Pelibatan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK).Peraturan-peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 dalam Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550), PIBG ditubuhkan di semua sekolah dibawah KPM bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dengan guru yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama.
Peraturan 5(3) Peraturan-peraturan Pendidikan PIBG 1998, menggariskan:
“Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau diluar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakat daripada kalangan anggota atau bukan kalangan anggota bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.”
Pelaksanaan
YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan agar Garis Panduan Pelibatan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) dirujuk dan dipatuhi bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama semua surat pekeliling ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sekarelawan di dalam Kelas (SdK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan